Advertisement
klik





Lost Password?
No account yet? Register
OS: Linux s
PHP: 4.4.9
MySQL: 5.0.92-community
Time: 02:00
Caching: Disabled
GZIP: Disabled
Members: 48536
News: 26
Web Links: 5
Visitors: 570911
We have 1 guest and 4 members online
klik
.
Aku driver bas je....
ImageKerana tersangat muak ngan study kat universiti, aku ambik keputusan untuk break kejap - study leave. Aku pun x tahu untuk berapa lama.   Pengajian aku masih berbaki setahun. Bukan dah malas belajar. Tapi aku betul-betul nak lari kejap..... Release tension, recharge balik semangat untuk belajar. Result yang semester latest memang teruk tahap gaban, takyah citer ah.. Bila aku bagitau mak aku, dia melenting la ape lagi. Maunye beliau x marah.. Tapi melihatkan aku ni memang dah nekad, mak akhirnya mengalah gak.   Jadi bermula la hidup aku untuk buat sesuatu yang jauh dari study, jauh dari senibina.. Aku balik kampung. Sebenarnya aku nak lalui balik kehidupan masa zaman sekolah dulu.. Tapi ape aku bleh buat??  

Mula-mula ingat nak keje kat supermarket, tapi aku ni jenis cepat boring.. Pusing satu supermarket 2 3 kali pun dah rasa boring. Hoho. Nak keje kat pam minyak lak skarang dah tade, sume layan diri. Jadi pelukis jalanan, tak cukup konfiden lagi.. Ishk ishk ishk.   Lepas seminggu blur-blur kat rumah, last-last aku gi mintak keje jadi driver bas SKMK (bas henti-henti). Dulu zaman sekolah, selalu gak la aku balik naik bas.. Aku suka perhatikan pakcik driver, kiranya memang admire la keje driver bas nih. Tengok cam best je. Haha. Tambah-tambah bila tengok orang ucap "tima kasih pakcik.." kat driver tiap kali mereka turun.. Rasanya jadi driver bas ni dihargai gak la..  hehe. Jadi ape salahnya aku try. Hmm..   Tapi susah gak rupanya nak apply. Sebab aku tade pengalaman. Tapi kebetulan syarikat kekurangan driver, diorang kasi gak can aku temuduga. Lepas temuduga, alhamdulillah aku lepas. Pastu aku ambik ujian JPJ, alhamdulillah sekali je terus lepas. Jadik untuk permulaan ni, aku cuma bawak bas yang dah agak lama, dan route yang pendek je, dari Kampung Sabak ke bandar Kota Bharu - bas no. 8. Dalam masa yang sama gak, aku ulangkaji balik buku Matematik Tambahan. Sebab plan nak buat kelas tuisyen persendirian belah malam.. Sekali dua seminggu pun ok gak kalu ade yang berminat. Subjek feveret nih mase sekolah!  

Okeh, citer bas balik.. First time bawak bas, mak aih memang jakun & excited sangat! Hahaha. Senyum je manjang.. Hari first la bas aku hilang side mirror, sebab langgar bucu lampu isyarat. Adeh. Penumpang pun agaknye heran tengok aku ni muda-muda dah bawak bas.. Mesti dalam hati diorang cakap, “Siannye budak nih.. mesti ngaji x tinggi, terpakse bawak bas jek.” Ah lantak lah.   Rupanye tak la menyeronokkan sangat bawak bas nih. Kadang-kadang aku terlajak stop skit, pun kene marah ngan penumpang. Kadang-kadang berenti awal sikit pon kene marah.. Biasa golongan makcik-makcik la yang camtu, takleh nak cakap ape la. Nanti dikatakan anak derhaka lak, menjawab orang tua. Hehe. Tadah telinga ajo lah!   Masuk sebulan lebih aku jadik driver, suatu hari tu bas aku rosak. Tiba-tiba mati. Maklum la bas senior.. Penumpang lak penuh! Dah la hujan lebat sangat, Jadi aku tak dapat nak turun tengok enjin kat belakang nu ape yang rosak (macam la reti sangat). Aku just call pejabat je suruh hantar bas ganti.   Dalam bas yang tade aircond tu, lama-kelamaan penumpang mula bising. Merungut-rungut.. Panas la sikit sebab tingkap tutup. Penumpang lak dok borak-borak sesama diorang je.. Kecik ati gak la aku, tade pun orang yang borak ngan aku. Mentang-mentang la driver bas buruk je. Aku pakai pun agak selekeh je. Takpelah.. Aku pun buat-buat la main henset, tulis mesej, padahal…   Tetiba ade sorang budak pompuan tegur, “dah lame ke bawak bas, bang?”. Tekezut punya pasal, terjatuh henset aku. “Err, baru gak la dik..".   ........   Aku pandang kat dia, gaya macam orang dah keje.   “Oo.. Kira memang tak pandai la nak repair sendiri bas ni?”, dia tanya lagi.   Perghh! Cantik bahasa. Geram je aku dalam hati. “Kan hujan ni dik, cane saya nak turun tengok? Jangan risau, kejap lagi bas ganti sampai okeh..”, aku cuba jawab ngan nada yang cool. Pastu budak tu terus tak layan aku. Waa sadis tol.  

Dalam setengah jam, bas ganti sampai gak. Datang sekali ngan pomen. Hujan pun dah tak lebat sangat. Jadi semua penumpang pun keluar la dari bas aku. Sorang demi sorang.. Tanpa menghiraukan aku. Dalam dok layan feeling, tetiba satu suara sapa aku. “Bang, tima kasih ye..”. Rupanya penumpang yang last. Aku cuma senyum.   Hari-hari yang mendatang, kehidupan aku macam ni la.. Siang bawak bas, malam mengajar tuisyen 2 kali seminggu. Malam selainnya aku ngajar adik-adik mengaji Quran.  Alhamdulillah, adik aku sorang ni form 5 dan ade 3 orang kawan dia berminat belajar ngan aku. Sume pompuan, senang sket sebab adik aku pun pompuan. Nasib baik silibus zaman aku ngan skarang tak banyak beza sangat, cuma dalam BI je. Kadang-kadang tu semput gak nak jawab soalan diorang bagi, lupa jalan penyelesaian. Pastu bagi alasan kat diorang, “err.. memandangkan kelas dah nak tamat, kita bincang soalan ni dalam kelas seterusnya okeh?”. Hahaha.. Ishk, kena buat revision lagi la ni.   Jadi 4 orang ni, gilir-gilir buat kat rumah masing-masing. Kali ni wat rumah kawan yang ni, len kali wat kat rumah kawan dia yang lain lak. Fair la kan?    Satu malam tu, kami buat tuisyen kat rumah kawan adik aku yang nama Nisa.

Bukanlah kali pertama buat kat situ, tapi malam itu la aku pertama kali terserempah ngan kakak dia. Sebab dia tolong bawak keluar air minuman untuk kitorang. Nama ape ntah.. Pastu dia tegur aku, "abang (dia panggil aku abang lak - sesuke je) ni yang bawak bas tu kan?" Teet! Sah-sah la aku tak penah ingat dia, sebab kan ade berjuta-juta (tipu) penumpang setiap hari.. Mane la aku perasan.   Melihatkan aku membuat muka blur-blur, dia mula kelihatan serba-salah. Takut tersalah orang kot. Mungkin jugak dia rasa malu sebab selamba je tanya aku camtu. Jadi aku cepat-cepat mengiakan.    "Haah, saya la tu, yang bawak bas.. Tapi maaf la saya memang tak perasan cik, ramai penumpang kan..?"

 

Read more...
 
Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca Berkesan.
Artikel ini menjelaskan kepentingan, pengertian, tujuan, bagaimana anda boleh meningkatkan mutu pembacaan, kualiti pembaca yang baik serta bagaimana pembacaan yang luas dan banyak boleh membawa kejayaan kepada anda.

Pengenalan

Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama. 

ImageMembaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya - Kamus Dewan Edisi Baru, (1991). 

Jadi, penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman yang mantap. 

Dan, oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaannya - terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat di dalamnya atau pada apa yang dibaca.

Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran anda menjadi sukar, malah minat anda untuk membaca juga boleh terturun atau menurun. Namun, sekiranya anda mahir dan cekap membaca, proses pembelajaran anda bukan sahaja akan menjadi lebih lancar, tetapi juga, anda akan lebih pantas pula faham serta mengingati fakta-fakta penting dari bahan yang anda baca itu. Ini sekali gus akan meningkatkan lagi minat anda untuk membaca dan membaca. Selain itu, dengan cekapnya anda membaca, akan menjimatkan masa serta membolehkan anda membuat lebih banyak aktiviti pembelajaran. 


TEKNIK MEMBACA BERKESANMotivasi Belajar : Teknik Membaca Berkesan, Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca PQRST, Pembaca yang Baik, Teknik Membaca Berkesan

Berikut ini adalah beberapa teknik membaca yang boleh meningkatkan lagi mutu pembacaan serta kualiti pembelajaran anda: 

Teknik Membaca PQRST 
Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". 

Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut. 
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. 
Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca. 
(c) Read (Baca)
Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Mengimbas Kendiri) 
MENGIMBAS KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.

Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Membaca Dengan Berkesan:  Panduan Umum Artikel Motivasi Belajar : Teknik Membaca Berkesan, Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca PQRSt, Pembaca yang Baik

Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca
Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal
Tumpukan perhation kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda. 

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti
Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya. 

Perbendaharaan Kata
Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. ImageDengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.

Gambar Rajah
Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".

PEMBACA YANG BAIKMotivasi Belajar : Teknik Membaca Berkesan, Meningkatkan Mutu Pembacaan, Teknik Membaca PQRST, Pembaca yang Baik, Teknik Membaca Berkesan

Pembaca yang baik adalah yang:
  • Memahami hakikat keharusan atau kepentingan membaca.
  • Memastikan semua bacaan yang dibacanya difahami dengan sepenuhnya. 
  • Boleh mengulas kembali buku yang dibaca dengan terperinci dan mampu merealisasikan apa yang difahami ke dalam hidupannya seharian. 

Peringatan

  • Anda mestilah membaca buku berkaitan mata pelajaran yang anda akan pelajari sebelum ianya diajar oleh guru di kelas atau kertas amali sebelum masuk makmal.
  • Sewaktu membaca garis atau catat isi-isi pentingnya.
  • Sediakan soalan-soalan jika perlu.
 
.

Polls

Adakah portal pendidikan yang kami bina membantu anda...
 
.Portal Pendidikan kami di http://www.myupsr.com/, http://v18.upsr-5a.com/ atau hubungi Technical Support di 012-9530650.
RocketTheme Joomla Templates