Menu Utama
Perlaksanaan
Hasil Projek
Laporan Aktiviti Kami
Organisasi Kami
Galleri Gambar
Respon Anda
Ruangan Forum Khas
Projek Fasa 1
Hubungi Kami
Pautan Pilihan
Maxis Communities
Blog Maxis Cyberlinq
Syarikat Maxis
KPM (moe.gov.my)
UPSR Online Learning
PPD Perak Tengah
Sinopsis Projek Kami PDF Print E-mail
User Rating: / 7
PoorBest 
Dilaporkan Oleh Cikgu Kamal Azrul Muhammad   

ImageSejajar dengan sambutan 50 tahun Kemerdekan Malaysia dan peri pentingnya merapatkan jurang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di kalangan para pelajar serta komuniti setempat, kami membina rangkaian portal pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ranggam, Teluk Intan, Perak secara online. Dengan hanya berbekalkan RM 120.00, kami telah melanggan hosting dengan menggunakan domain www.upsr-5a.com  dan merialisasikan pembelajaran secara online learning.

Berkat kesabaran dan kesungguhan, portal pendidikan secara Online Learning ini berjaya dihasilkan. Bahkan bukan itu sahaja, Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Ranggam juga berjaya dihasilkan iaitu di www.sksr.upsr-5a.com

Oleh kerana kurangnya promosi, portal Online Learning ini kurang dikunjungi oleh pelajar dan komuniti setempat. Bersama seorang guru penasihat, dan enam orang pelajar SKSR, kami akan memulakan Projek Mempromosikan "Portal Online Learning" kepada semua pelajar dan komuniti setempat secara menyeluruh.

Berlandaskan konsep maklumat dihujung jari, kami memilih Projek "Promosi Online Learning - First Step To Excellent" kepada para pelajar dan komuniti setempat kerana kami mengakui bahawa bangsa yang bermaklumat dan pantas teknologi maklumat dan komunikasinya akan menjadi bangsa teragung dalam menakluki dunia maklumat. Kami berharap, ianya juga akan menjadi satu wadah kepada kami dalam usaha merapatkan jurang ICT antara masyarakat bandar dan luar bandar yang nyatanya amatlah terlalu jauh.

Ditambah pula dengan kurangnya kemudahan internet seperti Pusat Internet Desa, para pelajar dan komuniti setempat merasakan bahawa kewujudan internet tidak membawa apa-apa kepentingan. Begitu juga, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mengakses internet untuk mencari sumber maklumat. Melalui projek ini, kami menggunakan portal pendidikan www.upsr-5a.com  kepada para pelajar terpilih. Para pelajar akan berinteraksi dengan sumber yang telah disediakan secara kuiz, tugasan, journal serta nota.

 
mat Muhammad b Azman (TAHUN 6)
liana Norliana bt Yusop (TAHUN 6)
mimi Nurul Shamimi bt Nazmi (TAHUN 6)
maziah Nurul Marziah bt Abu Bakar (TAHUN 6)
razmeer Razmeer b Mohd Sidi (TAHUN 6)
fatin Fatin Akma bt Zain (TAHUN 6)
.

 

lulus