|
Majlis Pelancaran Portal "Online Learning - First Step To Excellent" dan Portal Rasmi SKSR Meriah. |
|
|
|
|
Dilaporkan Oleh Cikgu Kamal Azrul Muhammad
|
|
Pada peringkat awalnya kami mencadangkan agar Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah di jemput sebagai perasmi. Oleh kerana terdapat masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, maka Majlis Pelancaran Portal "Online Learning - First Step To Excellent" dan Portal Rasmi SKSR akan dirasmikan oleh En. Zainal Ariffin b Mansor - YDP PIBG SKSR merangkap Penghulu Mukim Kota Setia.
Pihak Pejabat Pelajaran Perak Tengah (PPDPT) menggalakan sebarang bentuk penyertaan guru, pelajar dan komuniti terhadap apa-apa juga pertandingan. Ini kerana menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk merapatkan jurang digital dan maklumat di kalangan pelajar luar bandar dengan bandar.
|