Menu Utama
Perlaksanaan
Hasil Projek
Laporan Aktiviti Kami
Organisasi Kami
Galleri Gambar
Respon Anda
Ruangan Forum Khas
Projek Fasa 1
Hubungi Kami
Pautan Pilihan
Maxis Communities
Blog Maxis Cyberlinq
Syarikat Maxis
KPM (moe.gov.my)
UPSR Online Learning
PPD Perak Tengah
Hasil Projek Kepada Komuniti. PDF Print E-mail
User Rating: / 5
PoorBest 
Dilaporkan Oleh Cikgu Kamal Azrul Muhammad   

Jangkaan hasil projek kepada komuniti sasaran dapat dilihat dari sudut peringkat pelaksanaan :

Peringkat Struktur Pertama :

  1. Guru-guru dapat memahami konsep, tema, serta perancangan dalam "Pertandingan Maxis Cyberlinq 2007" dan hasrat badan korporat seperti Maxis merapatkan jurang antara komuniti setempat dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan berjaya.
  2. Pelajar yang terpilih lebih kreatif dan mempunyai "towering personality" yang unggul. Pelajar dapat menghasilkan karya mereka sendiri mengikut idea yang telah dirancang.
  3. Komuniti setempat telah diterangkan tentang "Portal Online Learning" dan mereka menaruh minat tentang projek yang diusahakan oleh sekolah melalui promosi yang telah dijalankan.
  4. Kem "Online Learning - First Step To Excellent" telah memberikan banyak input yang berguna kepada pelajar. Pelajar lebih tertarik belajar secara online learning berbanding dengan kaedah biasa.

Peringkat Struktur Kedua :

  1. Melalui mesyuarat yang telah dijalankan,  pihak PIBG  berminat dan memberikan sokongan yang padu kepada pihak sekolah. Ramai dikalangan ibu bapa dan guru menyedari betapa pentingnya pembelajaran pada masa kini di ubah dan di tambah dengan kaedah yang lebih menarik dan lebih kehadapan. Pelajar lebih digalakan untuk menerokai sumber pembelajaran dengan kaedah pembelajaran Konstruktivisme, Kontekstual, Kemahiran berfikir, Pembelajaran masteri dan Intrapersonal.
  2. Pihak Pejabat Pelajaran Perak Tengah (PPDPT) juga akan dimaklumkan dan pihak PPDPT amat menggalakan sebarang bentuk penyertaan guru, pelajar dan komuniti terhadap apa-apa juga pertandingan. Ini kerana menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk merapatkan jurang digital dan maklumat di kalangan pelajar luar bandar dengan bandar.

 

 
< Prev   Next >
images
images